Wednesday, 30 March 2016

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan Sahabat Telapak Muslim

Follow Us at Instagram @telapakmuslim
Like our Facebook Telapak Muslim

Apa khabar anda? Kami di Telapak Muslim adalah sahabat pengembaraan anda sepanjang siri penjelajahan menyelusuri kehidupan Islam di benua Australia. Peringkat permulaan bagi siri penjelajahan Telapak Muslim ini, pengembaraan adalah tertumpu di bahagian Barat Daya benua Australia (South-West Australia).

Bandar utama yang kami khususkan adalah Perth, di negeri Western Australia. Siri penjelajahan ini yang memakan tempoh sehingga 8 Hari 7 Malam, juga merangkumi pekan-pekan dan bandar lain di sekitar Perth WA. Antaranya Geraldton WA, Bunbury WA dan Albany WA. Kita akan sama-sama menziarahi tempat-tempat tersebut, untuk mengagungkan kebesaran Allah s.w.t yang tiada tandingan-Nya.

Siri penjelajahan bersama Telapak Muslim ini, merupakan trip bajet dan mencabar. Ini kerana para peserta dan sahabat lain, akan sama-sama menginap secara Outdoor, di dalam khemah yang telah kami bekalkan. Adalah tidak bersesuaian untuk mereka yang memerlukan peralatan sokongan antaranya bayi, OKU dan warga emas. Atas faktor kelancaran program, dan keselesaan peserta itu sendiri.

Dalam siri penjelajahan ini juga, soal makan minum, akan diuruskan sepenuhnya oleh sahabat Telapak Muslim. Termasuklah Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam. Para peserta dijemput sama-sama membantu bagi memeriahkan lagi siri penjelajahan ini.

Ayuh sama-sama menyertai kami, Sahabat Telapak Muslim, dalam misi pengembaraan yang penuh keterujaan dan cabaran ini.